Auni is from Malaysia. She has end-stage renal failure and Papillary Thyroid Carcinoma. She enjoys writing. Email: [email protected] Website: www.aunitalib.com Facebook: www.facebook.com/tunshaayunie Instagram: www.instagram.com/tunshaayunie_ Power does not come from anywhere other than ourselves. I was in search of my inner strength. I almost gave up when I was constantly tested. Each of us is a sinner and I pray these can remove the sins i have done. Ameen. My name is Auni Afiqah, I am 29 years old and I was born on 27th February 1990. I was a normal, cute and healthy kid without any blemishes. However, Allah is the Most Powerful. I was destined to become a chronic patient when I was 4 years old. I had a tube installed and underwent Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) treatment which was not easy for me. I suffered from many infections and as a child I did not know why. The most sacrifices were from my parents. My mum wanted to donate her kidney to me in 1996 but her kidney was not compatible with my body. She was a strong woman but was sad as she could not help. In 2000, someone not known to me was willing to donate his kidney to me, I still do not know who it was but I have felt I was normal again for 8 years and a half. However, i then had cancer cells appearing on my kidneys and had to get it removed. In 2009, I began to live the life of a chronic patient, again. I underwent hemodialysis treatment and rebelled many things that were outside the boundaries that I made. I was feeling very distressed and I almost killed myself. At one stage, I could not bear it. I did not see a psychiatrist and was constantly fighting with negative feelings that disturbed me. In 2013, I ended up married to a man who really loved me. He had physical disabilities but in my eyes he was perfect. He took care of me and gave me affection. We aimed to always live and die together. However at the end of March 2018, my husband had a stroke. I felt helpless, he could not stand up anymore. After seven years of marriage with him, I was told my husband is suffering from Muscular Dystrophy. Now my husband is dependent on a wheelchair. I was angry. upset. disappointed. sad. I, myself was diagnosed with Thyroid Papillary Carcinoma (Thyroid cancer). I underwent radioactive treatment once every 6 months. Honestly, I am not a strong woman, at the beginning of my husbands stroke, I went to see a psychiatrist for my depression but the doctors diagnosed me with post-traumatic stress disorder. Sometimes, I prefer to be alone in a room. I try to keep myself busy and battle with myself. It gives me strength to throw away all the negative emotions that burden me. I learnt to accept things in life. I am thankful for all the blessings I have. Allah has given me power. I give thanks to Him. We begin to think of fate and tests, we start to feel happy. Everything comes in its own strength. Believe me, I have been through many trials that can make me sad but I tried to fight all the negative emotions. This is a test from Allah, my husband's health. I wish there was a kind person willing to donate their kidney to me. If there is no provision, I still continue to patiently go through all these tests. My test is not as heavy as others. ‘‘ Aku ada satu impian. Aku ingin membantu mereka yang memerlukan. ’’ Sesungguhnya kekuatan itu bukanlah datang dari orang lain. Kita yang perlu mencarinya sendiri. Aku juga hampir gila demi mencari kekuatan diri. Aku hampir putus asa disaat aku sentiasa diuji. Aku tahu, mungkin aku terlalu banyak dosa. Ujian dari Allah Taala buat aku, adalah demi menghapus dosa-dosa yang telah aku lakukan. Mungkin. Aku, bernama Auni Afiqah berumur 29 tahun dan dilahirkan pada 27 Februari 1990. Aku telah dilahirkan sebagai seorang yang normal. Ya, aku dikenali sebagai kanak-kanak yang comel dan sihat tanpa sebarang cacat cela. Namun Allah Taala itu Lebih Berkuasa. Aku telah ditakdirkan menjadi seorang pesakit kronik ketika aku berumur 4 tahun. Perut aku ditebuk untuk dipasang tiub atau thenckhoff. Menjalani rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) bukanlah mudah. Keadaan perlu sentiasa bersih. Namun masih tetap berdepan dengan jangkitan kuman. Apa saja yang aku faham ketika itu? Aku masih kecil. Aku tidak faham apapun. Yang paling banyak berkorban adalah ibubapaku. Mama berkorban menderma buah pinggang pada aku pada tahun 1996. Namun, buah pinggang Mama tidak serasi dengan tubuhku. Mungkin saja hati seorang ibu akan rasa sedih, tapi Mama sentiasa cekalkan hati. Tahun 2000, ada insan yang baik hati, sudi menderma sebelah buah pinggang pada aku. Sehingga kini aku tidak mengenali siapakah dia. Aku merasai kehidupan seorang manusia normal selama 8 tahun setengah. Sehinggalah satu masa, aku terpaksa mengeluarkan kembali buah pinggang itu kerana ada sel kanser. Tahun 2009, aku mula menjalani kehidupan sebagai seorang pesakit. Aku meneruskan rawatan cuci darah atau Hemodialysis. Ya, aku tidak normal lagi. Aku memberontak. Banyak perkara luar batasan yang aku buat. Aku terlalu marahkan diri sendiri dan sekeliling. Aku hampir bunuh diri. Satu tahap aku tak tahan lagi. Aku ikat diri sendiri. Aku tidak pernah cuba merawat diri aku yang terlalu stress. Tidak pernah jumpa mana-mana Pakar Psikiatri. Siang dan malam aku berlawan dengan perasaan negatif yang menganggu aku. Tahun 2013, akhirnya aku mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang benar-benar menyayangi aku. Suami aku bukanlah normal. Dia juga seorang insan cacat fizikal. Namun aku sentiasa menganggap dia sempurna. Dia sentiasa menjaga aku dan sentiasa memberikan kasih sayangnya pada aku. Aku sentiasa mengharapkan hidup dan mati kami bersama-sama. Akhir Mac 2018 , suamiku telah diserang stroke. Aku mula rasa tidak berdaya. Aku rasa seperti hilang tempat bergantung. Suami langsung tidak mampu berdiri. Yang paling aku kesalkan, setelah hampir 7 tahun berkahwin dengannya, aku baru diberitahu bahawa suami mengidap Muscular Dystrophy. Harapan aku untuk melihat suami aku kembali berdiri, seolah mustahil. Kini, suami aku bergantung pada kerusi roda. Awalnya juga, aku menjadi terlalu marah, kesal dan kecewa. Dalam keadaan aku terlalu sedih, aku disahkan mengidap Papilarry Thyroid Carcinoma, atau lebih dikenali sebagai Kanser Tiroid. Aku perlu menjalani rawatan Radioactive, 6 bulan sekali. Jujur, aku bukanlah seorang insan yang kuat. Pada awal suamiku diserang stroke, aku memberanikan diri berjumpa Pakar Psikiatri. Aku mengalami depression, malah doktor juga diagnosis aku sebagai Post-Traumatic Stressed Disorder. Adakala, aku lebih suka menyendiri di dalam bilik. Banyak perkara aku fikir untuk menjadikan diri aku seorang yang sempurna dan berguna. Aku berjuang dan berlawan dengan diri sendiri. Aku juga mencari kekuatan diri. Aku buang segala emosi negatif yang membebankan aku. Aku belajar menerima ketentuan hidup aku. Aku belajar bersyukur dengan segala nikmat yang aku ada. Syukur kepada Tuhan, aku diberikan kekuatan. Aku mula terima semua takdir aku. Bila kita mula bersangka baik dengan takdir dan ujian Tuhan, kita akan mula rasa gembira. Secara automatik, kekuatan itu akan datang sendiri. Percayalah, aku sudah lalui pelbagai dugaan yang mampu membuat aku jadi gila, namun aku cuba berlawan dengan segala perasaan negatif itu. Aku tidak mengharap lebih. Jika suami aku tidak berjaya pulih, aku masih berharap ada insan yang baik hati sudi menderma buah pinggang pada aku. Jika tiada rezeki, aku masih tetap terus bersemangat melalui segala ujian ini. Aku tahu, ujian aku ini tidaklah seberat ujian orang lain. Ditulis oleh,
1 Comment
Leave a Reply. |
|